Sunday, July 4, 2010

TIMBALAN PENGERUSI SPR PERLU DIPECAT, HISHAMUDDIN DAN PEMUDA UMNO PERLU MOHON MAAF

Email dr seorg sahabat

Kenyataan Media (4 Julai 2010)
 
Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak Timbalan Pengerusi beliau yang menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu. Jelas Dato' Haji Wan Ahmad Wan Omar cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.
 
Pengumuman yang dibuat oleh Pengurusi SPR jelas menafi percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara. Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-dumba perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

Dengan pengumuman oleh Pengurusi SPR maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengurusi SPR. SPR tidak boleh dilihat sebagai Suruhanjaya Perkauman Rakyat. Oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar .Disamping itu juga Mohd Hishamuddin Yahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat ini.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS. Read More......

Saturday, June 26, 2010

FELDA SAMAN TAK JAWAB SOALAN GAGAL PEPERIKSAAN

Email dari seorang sahabat saya paste di sini..

Kenyataan Media (26 Jun 2010)

FELDA SAMAN TAK JAWAB SOALAN GAGAL PEPERIKSAAN

Tindakkan kerajaan dan Felda hendak menyaman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan. Rakyat kursusnya Peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 felda tak menerima apa-apa bayaran kedalam akaun felda. Rakyat hendak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda. Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang menjaga felda memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula. Sedangkan semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.

Rakyat dan peneroka menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian menara felda dari syarikat Naza. Sebaliknya kerajaan hanya mampu menjawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak menipu melayu. Itu lah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN).

Sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razk tidak mengambil langkah membersih dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan padanya seperti scorpine, Altantuya, judi bola dan kini felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.

Kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.


DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS. Read More......
 

© Copyright by Malaysia Political Blog List