Friday, June 25, 2010

SERANGAN PENGGANAS TALIAN HAYAT AKHIR UNTUK UMNO

Ini juga dari kenyataan media yang diemelkan kepada saya.


        SERANGAN PENGGANAS TALIAN HAYAT AKHIR UNTUK UMNO

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali. Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara Umno / Barisan Nasional (BN) dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.


Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya. Umno mengharap bantuan Tan Sri Musa Hassan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju. Bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir umno.


Kenyataan Tan Sri Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas induvidu yang takkan dapat dibukti sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno. Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno.


Isu tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat. Semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakkan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno. Kini sekali lagi Umno / BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN).


Ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno. Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara. Tetapi Umno / BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi. Rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama. Sebaliknya rakyat mesti menunjuk jalan keluar pada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright by Malaysia Political Blog List